Senjata Muslim: Doa, Wirid & Zikir Harian Hjh. Syarifah Asmui

ISBN:

Published: 2007

Paperback


Description

Senjata Muslim: Doa, Wirid & Zikir Harian  by  Hjh. Syarifah Asmui

Senjata Muslim: Doa, Wirid & Zikir Harian by Hjh. Syarifah Asmui
2007 | Paperback | PDF, EPUB, FB2, DjVu, talking book, mp3, RTF | | ISBN: | 10.69 Mb

Buku Senjata Muslim: Doa, Wirid & Zikir Harian memberikan contoh zikir dan doa yang terbaik untuk kita amalkan untuk kita mendapatkan apa yang kita inginkan. Sebagaimana kita maklum terdapat pula beberapa ketika yang tebaik untuk kita berdoa:-MoreBuku Senjata Muslim: Doa, Wirid & Zikir Harian memberikan contoh zikir dan doa yang terbaik untuk kita amalkan untuk kita mendapatkan apa yang kita inginkan.

Sebagaimana kita maklum terdapat pula beberapa ketika yang tebaik untuk kita berdoa:-* Saat-saat yang paling afdal berdoa adalah sepertiga malam, Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, “Adakah di antara hambaKu yang berdoa?

Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya”. Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.* Sewaktu hujan turun* Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.* Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat JumaatSepertimana yang telah kita sedia maklum di amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.* Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat* Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.* Setiap sujud di dalam setiap waktu solatNabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat.

Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama’ fekah termasuk As-Syafi’e rahimahullah.* Waktu dhuha



Enter the sum





Related Archive Books



Related Books


Comments

Comments for "Senjata Muslim: Doa, Wirid & Zikir Harian":


soft-paradise.com

©2013-2015 | DMCA | Contact us